Saya tidak perlu memikirkan juadah dan lauk pauk untuk tetamu tetapi hanya juadah untuk dimakan suami dan anak menantu sahaja. Lebih relax dan lebih santai. Lepas makan, boleh berehat rehat sambil tengok televisyen.
Tak perlu nak rushing untuk balik kampung dsb. Saya boleh beraya dengan tenang. Maklumlah selepas sebulan berpuasa, tiba masa untuk kita berehat sambil menikmati juadah raya. Kalau biasa, masak banyak banyak dan selepas solat raya bergegas nak balik kampung. Tinggalkan semua makanan yang dimasak di rumah sehingga malam.
Saya dan famili juga tidak membuat baju baru pun. Semua dipakai apa yang ada. Buka wardrobe dan cari apa apa yang matching. Nasib baik ada tudung, handbag dan kasut yang matching. Suami dan anak anak pun pakai baju yang sedia ada juga.
Kuih muih raya juga yang simple simple yang mengikut selera anak anak. Semuanya berasaskan cornflakes dan rice puff sahaja. Tak perlu banyak banyak kuih. Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi biskut raya yang disediakan anak anak iaitu chocolate rice puff.
Biskut raya ini sangat mudah. Sekadar bancuh dan kacau rata. Masukkan dalam paper cup dan siap. Mudah. Bahan mudah, menyediakannya juga sangat cepat dan yang paling penting sedap dan memenuhi citarasa anak anak.
Jom layan resepi dan penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Chocolate Rice Puff
250 gram rice puff/coco puff
450 gram dark chocolate memasak
125 gram almond nibs
Cara cara:
Cara cara:
Cairkan chocolate memasak dengan kaedah double boiler. Setelah chocolate cair, disejukkan seketika.
Setelah sejuk, masukkan almond nibs yang telah digoreng tanpa minyak dan gaul rata supaya bergaul rata dengan chocolate.
Akhir sekali, masukkan rice puff dan gaul rata. Sudukan ke dalam bekas cawan dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Setelah sejuk, masukkan almond nibs yang telah digoreng tanpa minyak dan gaul rata supaya bergaul rata dengan chocolate.