Musim perayaan ini, antara kek yang sangat terkenal dan dibuat oleh ramai wanita ialah kek buah buahan kukus. Terdapat banyak resepi yang berbeza dari sukatan bahan yang digunakan dengan bahan asas yang sama. Klik entri sebelum ini untuk melihat cara penyediaann dengan langkah demi langkah bergambar di CARI MUKA
Begitu juga dengan saya. Kek buah kukus adalah antara kek kegemaran saya samada untuk makan atau untuk ber eksperimen. Kalau di rumah saya, Hubby dan anak anak tidak gemar sangat dengan kek buah ini. Jadi bila saya ada kelapangan masa, barulah saya menyediakannya. Untuk makan sendiri. Jika tidak, saya order jer.

Resepi yang saya kongsikan di bawah ini adalah untuk separuh adunan sahaja. Jika mahu dibuat bersaiz besar, hanya perlu digandakan sahaja bahan bahannya. Alang alang dah buat, biar buat besar sikit. Renyah penyediaannya tetap sama. Betul tak?
Teknik penyediaan kek buah telah dibuat pembaharuan. Kalau kek buah kukus yang dulu dulu, air gula hangus dimasukkan dalam adunan yang telah siap diadun sebati. Manakala buah pula digaul dengan tepung dan bahan kering.
Manakala teknik sekarang buah campuran direbus bersama gula hangus dan mentega. Teknik penyediaan sekarang lebih simple dan mudah. Tunggu jika ada masa, saya akan kongsikan kek buah kukus versi dulu dulu dengan anda semua.

Jom layan resepi serta cara penyediaannya yang saya gunakan di bawah ini. Selamat mencuba...
Kek Buah Kukus Yang Sedap
Bahan A:
300 gm gula kaster - guna 280 gm sahaja
60 ml air panas
250 gm mentega
500 gm mixed fruit - boleh cuci dan tos, jika suka
Bahan B:
350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bicarbonate
½ sudu kecil cream of tartar - ganti dengan 1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil serbuk buah pala
Bahan C:
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
Cara cara:
Ayak tepung dengan soda, cream of tartar dan campurkan serbuk buah pala.
Masukkan gula ke dalam kuali yang permukaan bawahnya tebal. Dengan menggunakan api sederhana, masak gula hingga mencair dan berwarna perang. Jangan mengacaunya, hanya goyangkan periuk ke kiri ke kanan sehingga gula mencair sekata dan berubah warna keperangan. Jangan sampai hangus.
Bila gula telah mencair kesemuanya, tuang air panas dari tepi kuali supaya tidak terpercik. Kacau hingga gula larut, masukkan butter.
Biarkan butter mencair, baru dimasukkan mixed fruit yang telah dicuci dan ditos tadi.
Biarkan sekejap atas api. Tutup api dan bila suam, masukkan jus lemon ganti cream of tar tar. Kemudian masukkan tepung gandum dan rempah dan digaul secara kaup balik.
Pukul telur bersama esen vanilla hingga berbuih dan tuang ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Oleh kerana adunan kelihatan sedikit likat, saya masukkan 2 sudu besar air panas ke dalam adunan.
Masukkan ke dalam loyang yang dilapik dengan baking paper saiz 7 atau 8 inci, tutup loyang dengan aluminium foil yang dilenser sedikit mentega supaya kek yang naik tidak melekat di aluminium foil. Nota: boleh juga gunakan bekas aluminium saiz 7''x3''.
Penutup periuk pengukus dibalut dengan dengan tuala dapur supaya wap air tidak menitis masuk. Kukus selama 2 jam atau sehingga masak. Jika ingin menambah air pengukus, tambah air panas.
Selepas masak, biarkan kek di dalam pengukus sehingga sejuk supaya buah tidak jatuh atau mendap ke bawah.
Potong kek setelah ianya benar benar sejuk. Lebih baik jika dibiarkan di luar semalaman di bawah tudung saji sebelum dipotong dengan menggunakan pisau yang tajam.
Nota:
Boleh juga merebus buah dibuat sebelah malam. Keesokan, baru dimasukkan tepung dan lain lain.
Kek ini lebih sedap selepas 2 hari. Boleh dibalut dengan plastik dan disimpan. Terbalikkan agar bahagian bawah kek berada di bahagian atas bagi menjadikan kek lembab secara sekata.