Saya ingin kongsikan sedikit petikan kuliah subuh oleh Ustaz Zainuddin Puteh di Surau Ad Dhuha pagi ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling agung dan penghulu segala bulan, Al Quran pula penghulu sebagai mukjizat. Al Quran diturunkan secara berperingkat selama 22 tahun. Bukan sekali gus. Jibril datang menyemak Al Quran dalam bulan Ramadhan.
Dalam bulan Ramadhan ini, yang pertama kita kena belajar Al Quran, baca, memahami dan mengamalkannya sehingga kita meninggal dunia. Kedua, nak tolak bala dengan banyak bersedekah. Sedekah dapat memadamkan api kemarahan Allah.
Semua tiang masjid, carpet masjid akan jadi saksi di akhirat. Orang yang pemurah ke jalan Allah, akan bangkit dekat dengan syurga. Rasulullah bersabda saya sangat sayang orang yang pemurah ke jalan Allah. Jadi kalau pergi ke mana mana nampak tabung, masukkan walaupun RM1.
Mak ayah yang meninggal dunia tahu jika kita tidak bersedekah untuk mereka. Mereka minta bantuan dari ahli keluarga yang masih hidup. Bulan Ramadhan, baik siang mahupun malam, bersedekahlah.
Untuk persiapan kita bila kita akan mati. Bila kita akan balik kampung. Kampung kita adalah kubur. Siapa orang yang bijak? Rasulullah bersabda mereka ialah orang yang banyak mengingati mati dan buat persiapan untuk mati.
Jadi sama sama kita jaga A Quran, jaga sedekah untuk menyelamatkan kita dari bencana. Cukup setakat ini dahulu. Semoga bermanafaat.
Sejak dulu lagi, saya tidak pernah ubah cara menyediakan sup kerana saya rasa sup ini sangat sedap dan sesuai dengan selera saya. Resipi sup ini saya belajar dari sahabat saya, Dr Sabariah ketika saya berkunjung ke rumah mereka di Segamat. Dr Sabariah menyediakan lauk ini untuk kami.
Mungkin ramai tidak akan percaya kalau saya katakan saya tidak pernah makan lauk seperti ini di zaman saya di kampung dahulu. Lauk kami simple sahaja. Cuma gulai ikan, singgang dan goreng. Dimakan dengan ulam cicah budu bersama ikan rebus. Itu sahaja. Makanan dan lauk pauk yang membesarkan saya. Tapi itulah lauk kegemaran sehingga kini.
Selain dari itu, semua lauk pauk adalah yang baru bagi saya. Jadi atas sebab itu, saya belajar dari rakan rakan sekerja cara cara memasak. Oleh kerana saya menpunyai minat, menjadikan saya belajar dengan cepat. Cuma bila jarang ke dapur, kita tidak lah cekap seperti mereka yang dari kecil melihat ibu mereka memasak.
Cuma sekarang sahaja saya lebih kerap ke dapur. Alhamdulillah saya masih berpeluang memasak untuk anak anak, dapat menebus kembali masa masa mereka kecil dulu. Dulu makanan mereka disediakan oleh pembantu rumah atau kami banyak makan di kedai.
Sup seperti ini kalau dibeli di kedai memang sangat mahal. Jadi bila kita buat sendiri memang puas hati. Siap makan dengan meratah ratah lagi. Tapi kena bersedia untuk bayar kepala ikan segar dengan harga mahal sedikit. Kalau ikan segar, kuah sup kita manis dan tidak berbau langsung.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Sup Kepala Ikan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kepala ikan merah
Rempah 4 sekawan
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
Garam
Daun sup
Bawang goreng
Bahan hiris:
4-5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis rempah 4 sekawan, halia, bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga keperangan.
Masukkan air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan masak.
Masukkan lada hitam dan garam secukupnya. Akhir sekali, tabur daun sup. Masa dihidangkan, tabur bawang goreng.