Kebelakangan ini, saya sangat sibuk kerana banyak terlibat dengan beberapa kempen produk. Jadi janji saya untuk kongsi resepi mee hoon ini telah tertangguh. Saya mohon maaf.
Sebelum itu, jangan lupa besok (11 Mac 2021), saya akan bersiaran secara live buat pertama kali nya di fb live. Sesiapa yang berkelapangan, boleh lah join facebook live esok pukul 3.00 petang. Saya akan bersiaran bersama dengan Chef Hadzrin.
Hari ini saya memasak lagi sekali mee hoon ini, jadi saya telah check sukatan untuk anda yang baru baru nak belajar memasak mengikuti resepinya.
Saya tak pasti dengan orang lain tapi cukup susah untuk mencari mee hoon yang sedap dan kena dengan selera. Kalau yang dijual di restoran atau di restoran mamak atau yang dibungkus siap siap, memang jauh sekali rasanya.
Dulu masa sarapan pagi sebelum ke pejabat, saya mesti merungut bila makan mee hoon goreng. Masa tu, saya tak ada pilihan. Nak masak sendiri, memang tak sempat. Pada saya, untuk membuat mee hoon goreng atau nasi goreng yang sedap, tak susah dan tak perlu bahan yang mahal pun. Tak perlu nak letak udang, abalone pun. Jadi kenapa orang berniaga, tak boleh masak dengan sedap. Itu yang saya tak faham.
Jadi kalau ada sesiapa nak berniaga, guna resepi ini. Mee hoon sedap dan jualan pasti laku keras. Untung pun mesti dapat nya. Jangan risau. Jangan sampai orang merungut, orang berniaga, awak pun nak berniaga tapi masak tak pandai. Haa betul tak?
Nak lagi sedap, boleh guna udang kering tapi saya tak letak kerana saya allergi. Rasa udang kering lagi sedap dari rasa ikan bilis. Kalau suka, boleh gunakan daging kerana daging memang favourite saya.
Kalau daging, hiris lebar dan nipis, jadi cepat jer masak. Atau kalau malas menunggu, boleh juga direbus. Air rebusan daging dimasukkan dalam rencah mee hoon ni. Insya Allah sedap dan manis daging masih terasa.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa klik Follow My Blog dan klik subscribe Azie Kitchen Youtube Channel untuk dapat notifikasi setiap kali entri baru di muat naik. Lagi satu, klik juga iklan google di blog saya tau. Selamat mencuba.....
Mee Hoon Goreng Terlajak Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 pek mee hoon - 350 gram
10 ekor udang - atau apa apa yang disukai
1 sudu besar cili kering kisar
2-3 biji telur
1 ikat sayur sawi
1 mangkuk taugeh - opsyenal
½ cawan minyak masak
1 pek mee hoon - 350 gram
10 ekor udang - atau apa apa yang disukai
1 sudu besar cili kering kisar
2-3 biji telur
1 ikat sayur sawi
1 mangkuk taugeh - opsyenal
½ cawan minyak masak
Bahan B:
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
½ sudu besar kicap pekat
½ sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam atau secukupnya
Aji no moto - opsyenal
1 kiub pati ayam - opsyenal
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
½ sudu besar kicap pekat
½ sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam atau secukupnya
Aji no moto - opsyenal
1 kiub pati ayam - opsyenal
Bahan Kisar:
4 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering - saya ganti dengan ikan bilis
4 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering - saya ganti dengan ikan bilis
Cara cara:
Rendam mee hoon dalam air sejuk. Tos.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi.
Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan 100 ml air dan bahan B. Biarkan kuah mendidih.
Masukkan telur. Kacau rata atas api perlahan. Biarkan sedikit berkuah secukup untuk melembutkan dan masakkan mee hoon.
Masukkan mee hoon dan kacau rata dengan menggunakan 2 senduk.
Bila mee hoon separuh masak, masukkan sawi. Bila masak, masukkan taugeh. Renjis kicap atas taugeh sebelum dikacau rata dengan mee hoon, jika menggunakan taugeh.
Tabur bawang goreng dan daun bawang. Siap.