Sekali sekala saya suka mengubah selera dengan menikmati sambal ikan bilis versi arwah Bonda Mertua. Beberapa kali juga saya melihat arwah memasak lauk ini. Tapi sebab bila bukan kita yang memasak, tengok sambil lalu sahaja.
Sedap sangat sambal ikan bilis yang dimasak. Semua bahan dileburkan semua sekali dan dimasak dengan api perlahan sehingga kering dan terbit minyak. Ikan bilis jadi lembut kerana masak dengan sambal tersebut.
Sekarang pagi pagi ada nasi lemak bungkus di seksyen 6 yang menjual nasi lemak sedap dengan lauk sambal ikan bilis yang mirip seperti sambal arwah Bonda. Saya pernah membaca ada yang komen katanya sambal ikan bilis Perak. Maknanya adalah sambal ikan bilis ini di Perak.
Saya pernah google cari resipi seperti ini tapi tak jumpa pun. Saja nak compare dengan cara yang saya tengok arwah Bonda mertua masak dulu.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....
Sambal Ikan Bilis Versi Bonda Mertua
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
100 gram ikan bilis
½ sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula
½ sudu kecil pes asam jawa
2-3 cawan air
2-3 sudu besar cili kering kisar
½ cawan minyak
Bahan kisar:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan semua sekali bahan bahan ke dalam kuali.
Masak atas api perlahan sehingga terbit minyak.