Hari ini saya masuk ke dapur agak lewat. Itu pun selepas Nelly, Boy dan Juita keluar ke OU untuk mencari barang barang untuk bilik Juita. Hubby juga memanggil beberapa orang kontraktor untuk membuat service aircond dan juga untuk kabinet. Ianya adalah sebagai persediaan untuk menyambut raya dan juga sempena kepulangan Juita.
Tiba tiba rasa nak makan kuih kato atau dipanggil juga sebagai kuih kator. Versi asal kuih katur adalah berwarna coklat gelap sebab dicampurkan dengan gambir sirih dan sedikit air bancuhan serbuk kopi.
Tapi sebab tak ada gambir, maka digantikan dengan air daun pandan. Jadi lah kuih Katur berperisa daun pandan. Saya ambil resepi di SINI yang mana Cik Wan dulu belajar dengan Bondanya yang memang berniaga kuih katur.
Entah kenapa kalau bulan Ramadhan, mesti kuih muih tradisional tang menjadi pilihan. Lebih lebih lagi kuih jenis basah basah. Lepas ni nak buat pula kuih tepung pelita. Teringat lagi keenakan kuih tepung pelita yang lembut lembut bila diceduk dengan sudu, rasa manis air gula yang bertakung di bawahnya dan rasa lemak lemak masin di atasnya.
Jadi harapan saya agar, kuih muih tradisional akan terus kekal dipelajari dan disediakan. Tak mahu lah ianya pupus dek kuih muih moden kan. Anak anak sekarang tak suka makan kuih tradisional dan tak kenal pun, jadi amat menyedihkan jika satu hari kuih muih ini tiada lagi dalam masyarakat kita. Betul tak?

Saya makan kuih ini ketika berbuka puasa. Memang terasa seperti kuih katur yang biasa dimakan masa di kampung dulu. Sebetulnya saya tidak pernah melihat Bonda menyediakan kuih tradisional ini. Saya cuma tahu makan kuih katur yang dibeli sahaja. Hahaha tapi puashati dapat makan kuih hari ini. Dapat melepaskan kerinduan pada kuih muih kampung.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....
Kuih Kato @ Katur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 cawan tepung beras pulut
Sedikit air kapur
175 ml air daun pandan
Sedikit minyak
Daun pisang
Cara cara:
Satukan tepung beras pulut dengan air kapur dan air daun pandan. Gaul rata sehingga menjadi adunan yang agak lembut atau lembik. Dah siap uli dan adunan tidak melekat di tangan, lumurkan dengan minyak masak di semua bahagian doh.
Alaskan daun pisang di dalam loyang dan lenser daun pisang dengan minyak.
Letakkan doh atas daun pisang dan kuku selama 20-25 minit. Angkat dan sejukkan.
Nota:
Versi asal, rendam ½ cawan air panas dengan ½ keping gambir sehingga larut dan berwarna coklat keperangan. Tidak menggunakan air daun pandan.
Versi asal, rendam ½ cawan air panas dengan ½ keping gambir sehingga larut dan berwarna coklat keperangan. Tidak menggunakan air daun pandan.
Air Gula Melaka:
2 keping gula Melaka - 200 gram
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
1 cawan air
Cara-cara:
Satukan semua bahan dan masak sehingga kuah pekat. Sejukkan
Kelapa Parut:
½ biji kelapa parut putih
Secubit garam
Gaulkan rata rata kelapa parut dan garam.
Beras Pulut Sangai:
40 gram beras pulut
Basuh dan tos. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga berwarna keperangan. Angkat dan masukkan dalam bekas.
Cara menghidang:
Potong isi katur dengan gunting kecil-kecil sebesar kuih onde-onde atau sebesar ibu jari. Terus masukkan potongan ke dalam kelapa parut. Golek golekkan isi katur sehingga bergaul rata dengan kelapa.
Letakkan dalam pinggan dan bila hendak dinikmati, tuang air gula melaka dan tabur beras pulut yang digoreng tadi. Sedia untuk dinikmati.