Tulang Rusuk Masak Hitam Manis

Tulang Rusuk Masak Hitam Manis

Pagi pagi lagi saya rasa sangat terharu bila menerima mesej dari anak sahabat kami yang menghantar posting di facebook yang ditulis oleh Hayati Muzaffar "Setakat ini Allah memang wujudkan Azie Kitchen sebagai peri peri penyelamat ku di dapur. Semoga Allah berkati hidup aunty dengan Aafiyah asbab banyak berkongsi di blog sekian lama". Memang terkedu saya kerana didoakan Hayati dan oleh ramai orang yang tidak saya kenali selama ini. 

Saya merasa sangat terharu dan sangat bersyukur kerana ramai yang mendoakan saya. Terharu kerana blog saya telah memberi manafaat pada ramai orang. Insya Allah saya akan terus berkongsi resepi selagi saya mampu. 

Saya berkongsi resepi di blog lebih 10 tahun yang lalu bukan untuk mencari populariti. Ianya semata mata kerana minat saya dari kecil yang suka menyimpan proven resepi. Walhalnya ketika itu, saya jarang ke dapur. Jarang sekali memasak. Tidak dapat dibayangkan kegembiraan saya bila mendapat resepi. 

Secara jujur, ketika itu, susah untuk mendapat resepi. Maklum resepi diperturunkan dari nenek kepada ibu kepada anak. Resepi menjadi ekslusif untuk famili sahaja. Resepi kalau dapat mesti ditulis dengan tangan. Ya lah masa tu, mana ada handphone nak share resepi yang boleh copy dan paste. Jauh sekali nak ada internet.

Bila saya buka blog, niat saya untuk berkongsi resepi dengan anak anak dan pembaca semuanya supaya saya mendapat pahala berkongsi resepi dan ilmu masakan. Zaman itu belum ada rancangan televisyen MasterChef semua. 

Jadi blog resepi dan masakan ini famous hanya di kalangan kaum ibu sahaja. Bukan seperti sekarang anak anak muda lelaki dan perempuan juga berminat dengan masakan. Jika dibuka Instagram berlambak orang berkongsi video masakan. 

Maaf jangan pula ada yang salah faham tapi saya tulis berdasarkan apa yang saya nampak di mata. Kalangan artis dan selebriti pun masing masing menunjukkan kepandaian memasak dan berkongsi resepi. Dulu mereka berkongsi di Instagram tapi sekarang berkongsi separuh separuh, jika ingin mendapat full recipe, mesti kunjungi youtube mereka. Mungkin untuk generate income. 

Apa apa pun, memasak adalah satu skil yang boleh diperbaiki dengan selalu mempraktikkannya. Jangan risau, jika rajin ke dapur, anda semua akan menjadi seorang wanita yang hebat. Yang penting kena sentiasa belajar dan belajar. 

OK sekarang kita masuk pula bab resepi hari ini iaitu tulang rusuk masak hitam manis. Boleh klik di SINI untuk entri menggunakan resepi sama sebelum ini. 

Tulang Rusuk Masak Hitam Manis

Serious saya dah mula kekeringan idea untuk memasak. Bila saya masak ikan, Nelly dan Aween tak berapa makan sangat. Hari hari nak kena ada ayam. Saya pula dah tak lalu makan ayam hari hari. Aduui. Memang memeningkan. 

Bila saya memasak daging pun, mereka tak berapa gemar kecuali daging kari dan daging goreng garam kunyit. Tapi kalau hari hari masakan yang sama, kita lah pulak jadi jemu. Itu yang hari ini saya menyediakan tulang rusuk masak hitam. Boleh sama sama cuba resepi ini, sangat sedap dan ada kelainan dari masakan black pepper biasa.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...  


Tulang Rusuk Masak Hitam Manis

Tulang Rusuk Masak Hitam Manis   

Bahan-Bahan:
Bahan perap: 
½ kg daging/tulang rusuk
2 sudu besar kicap pekat 
1 sudu besar gula 
Garam
Sedikit lada hitam - ditumbuk kasar

Bahan Tumbuk: 
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
Sebesar ibu jari halia 

Bahan lain:
2 sudu besar cili kisar 
1 biji bawang besar - dihiris
2 tangkai cili merah - dihiris
sedikit air asam jawa

Cara cara: 
Tulang diperap dengan bahan perap selama 1 jam. Kalau mempunyai pressure cooker, boleh direbus dalam pressure cooker daging yang diperap.

Tulang Rusuk Masak Hitam Manis

Tumiskan bahan tumbuk/blend sehingga garing naik bau dan masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga terbit minyak. Masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak sekali lagi bagi memastikan cili benar benar masak. 

Masukkan air asam jawa dan tulang yang telah diperap. Masak sehingga tulang  empuk (air perlu ditambah sekiranya perlu). Setelah empuk, masukkan bawang besar dan cili yang dihiris.

Tulang Rusuk Masak Hitam Manis

Tulang Rusuk Masak Hitam Manis

Masukkan serbuk perasa dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidangkan. 

Tulang Rusuk Masak Hitam Manis

Tulang Rusuk Masak Hitam Manis

Nota: 
Boleh juga dimakan bersama nasi putih panas panas atau dengan roti.


LihatTutupKomentar