Saya tidak pasti dengan orang lain tapi saya kerap didatangi mimpi sama. Selepas tamat belajar sehingga bertahun tahun lamanya, saya selalu bermimpi seolah exam telah hampir tapi saya belum selesai membuat persediaan dan ulangkaji. Mungkin mimpi ini berikutan dengan sistem penggal semasa saya di universiti dahulu.
Dengan sistem penggal, peperiksaan diadakan hanya setahun sekali sahaja. Jadi banyak yang perlu di pelajari dan dibuat ulangkaji sebelum peperiksaan. Ada satu lecture yang memang saya tak suka subjeknya tapi terpaksa juga ambil. Saya selalu ponteng kuliah dan belajar hanya berdasarkan nota kuliah kawan kawan.
Bayangkan masa peperiksaan, saya benar benar blank dan tak tahu apa yang hendak dijawab. Saya hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Selebihnya saya hanya menunggu masa tamat. Selepas itu, saya selalu dihantui oleh mimpi peperiksaan. Tapi Alhamdulillah, saya sekadar lulus untuk subjek tersebut. Ianya telah menganggu keputusan keseluruhan pengajian saya.
Selain mimpi peperiksaan, saya juga sering diganggu dengan mimpi suami tidak setia dengan saya. Macam lagu zaman saya kecil dulu, Mimpi Sedih nyanyian Emillia Contessa. Bila terjaga, saya akan melihat dia yang sedang tidur. Dalam hati berkata, ooh mimpi tapi perasaan dan mood sedih tetap ada sehingga ke petang.
Sejak kami berkahwin, saya tahu suami sangat menyayangi saya. Saya dihantar dan diambil ke pejabat setiap hari. Hatta untuk shopping di Sogo yang beberapa langkah dari pejabat juga, suami akan datang untuk membawa saya. Tapi sayang sahaja tidak cukup untuk menjanjikan kesetiaan.
Saya melihat sekeliling, bila mana suami yang menyayangi isteri, masih tetap berlaku curang bila digoda oleh perempuan terutama janda janda.
Prinsip saya sekarang senang sahaja. Hanya mencintai Allah. Allah pasti menjaga kita. Sedang bila mencintai manusia, kita pasti akan dilukai. Lagi pulak, di dalam dunia ini mana ada cinta sejati. Saya sudah tidak lagi percaya pada cinta sejati. Saya ingin menyimpan segala duka di hati sehingga ke nafas terakhir. OK setakat ini dahulu, jom kita layan bab masakan.

Terung goreng berlado adalah antara lauk yang saya gemari dan tidak pernah jemu makannya. Saya memang suka makan terung. Selain dimasak sambal berlado, saya suka pajeri terung, masak lemak putih terung atau masak kicap.
Terung goreng berlado ini lebih sedap jika menggunakan lada merah. Tapi jika tiada, boleh juga dicampur dengan cili kering kisar. Atau kalau tiada juga, bolehlah diguna hanya cili kisar semata. Tapi kalau cili kisar semata, ada yang memanggil sebagai terung bersambal.
Sebenarnya menyediakan terung berlado ini sangat mudah. Bahan bahan pun ringkas sahaja. Kalau saya lah, dah ada lauk ini tak perlu sediakan kuah pun. Cukup sambal digaul dengan nasi putih panas panas. Makan dengan ikan goreng atau telur goreng dadar pun dah cukup gandingannya.

Jom layan resepi mudah yang digunakan hari ini. Selamat mencuba...
Terung Goreng Berlado
3 biji terung
Garam
Bahan kisar kasar:
Bahan kisar kasar:
4 tangkai cili merah
1 biji tomato
4 biji bawang merah
2 ulas bawang merah
Cara cara:
Terung dipotong dan direndam dengan sedikit air garam.
Panaskan minyak dan goreng terung. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali, tuang sambal di atas terung. Sedia untuk dihidangkan.