JJCM Selatan Day 2


Pagi pagi hari kedua kami turun bersarapan kerana banyak aturcara yang telah dirancang. Boleh klik di SINI untuk catatan hari pertama. Kami menunggu dan berkumpul di lobi hotel pukul 8.00 pagi untuk lawatan ke kilang pemprosesan ayam dan seterusnya ke Johor Premium Oulet (JPO). 


Sebelum menaiki bas kami bergambar kenangan depan hotel. Setiap hari sebelum menaiki bas kami perlu mengambil suhu badan dan juga scan maklumat diri menggunakan handphone.


Bas kemudian menuju ke kilang pemprosesan ayam. Setelah selesai di sini, kami bertolak ke JPO di mana ketika kami sampai, orang belum ramai lagi Jadi kedai kedai tidaklah terlalu sesak kecuali beberapa outlet seperti Gucci dan Levis yang ramai orang beratur untuk masuk. 


Saya hanya beli kasut sahaja untuk memudahkan berjalan jalan. Kemudian kami masuk ke food court untuk minum minum sambil menunggu kawan kawan selesai bershopping.

Dari JPO, kami menuju ke kedai untuk makan tengahari dengan nasi ambeng. Memang sedap nasi ambeng di sini. Lauk lauk yang dihidangkan di dalamnya memang sedap sedap. Berbaloi walaupun terpaksa lama menunggu. Saya juga order serawa durian yang juga sangat sedap. Lemak dan pekat sahaja serawanya.


Selepas makan kami balik ke hotel untuk berehat sebelum berjanji untuk turun ke tepian pantai untuk bergambar beramai ramai di tangga unik. 


Selepas menunaikan solat Maghrib, kami turun ke lobi untuk makan malam di rumah Mai dan Khairi. Ikut perancangan asal, selepas makan ada karaoke tapi sebab geng wanita semua telah mengantuk, kami balik terus ke hotel. Jangan lupa sambungannya di SINI.

  
LihatTutupKomentar