Sebelum itu, nak tanya dah klik iklan google di blog saya ke belum? Kalau belum, bolehlah kasi klik dulu tau. Hahaha. Dah nama pun blogger masakan, pastinya saya akan cuba memasak pelbagai versi untuk satu satu masakan.
Sebagai contoh, ada yang menulis komen, bahawa mereka menyediakan laksa tak letak bawang putih, tak masak dulu cili dsb. Saya tak kisah pun dengan komen begitu. Boleh juga saya belajar cara mereka menyediakan laksa. Memang lah itu pun cara saya menyediakan laksa selama ini.
Tapi bila saya belajar sesuatu yang baru, saya mencubanya. Jadi saya masukkan 1 ulas bawang putih dan bahan kisar dimasak dulu bagi masak dan wangi sebelum dimasukkan air rebusan ikan. Pada saya, jangan takut untuk mencuba dan bereksperimen dengan sesuatu yang baru. Nanti suami pun jemu dok makan yang sama jer rasanya. Hahaha lebih kurang begitu lah analoginya.
Sebenarnya bila menyentuh bab suami ni, macam mana baik sekali pun isteri kalau mereka nak menggatal dengan perempuan lain, mereka buat juga. Jadi bukanlah salah isteri tak pandai memasak, tak pandai memasang badan. Hatta isteri bergaji mahal, isteri yang membeli rumah dsb pun masih ada suami yang tak sedar diri sehingga sanggup menjebakkan diri dengan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
Maaf saya memang benci lelaki sebegini. Duit selalu kering, tak sedar diri dan ada hati nak mengorat lain. Yang lagi bahalol, boleh mengorat saat bini ada tidur di sebelah. Boleh bayangkan tak betapa tak boleh pakai lelaki macam ni. Yang perempuan pun sama juga, yang nak pergi menempek dengan lelaki dah beristeri buat apa. Dunia kan macam roda, satu hari ianya akan terkena kat keluarga sendiri.
Jadi kepada semua wanita di luar sana, kena bekerja dan menpunyai kedudukan kewangan sendiri yang kukuh supaya hidup tidak mudah dikotak katik oleh suami. Hidup berdikari, ada simpanan sendiri yang seharusnya dirahsiakan dari sesiapa sahaja.
Saya suka makan daging seperti ini dengan pulut kuning walaupun sedap juga dimakan dengan lain lain masakan seperti nasi beriyani, nasi lemak, mee hoon dsb. Pendek kata, lauk daging memang versatile, sedap dimakan dengan apa apa jer.
Daging masak hitam seperti yang saya tulis di atas ada bermacam cara, tapi bahan utama yang mesti ada ialah kicap. Yang lain lain jer berbeza. Tapi kita kena rajin mencuba supaya kita dapat mempelbagaikan masakan daging masak hitam buat keluarga kita.
Jom layan resepi daging masak hitam yang saya sediakan di bawah ini. Video penyediaannya ada di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Daging Masak Hitam kak zaidah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg daging batang pinang
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar rempah kari daging
4 sudu besar kicap manis
Bahan A- tumis:
2-3 sudu besar minyak sapi
1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 buah pelaga, 5 bunga cengkih
7 biji bawang merah - hiris
2 helai daun pandan
Bahan B - kisar:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
¾ inci halia
¾ inci lengkuas
2 batang serai
Bahan C - sangai & kisar:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Bahan D:
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar tomato puri
1 sudu besar gula
½ sudu besar garam
Cara cara:
Panaskan minyak sapi dan tumis rempah 4 sekawan, bawang hiris dan daun pandan sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan kacau lagi. Masukkan pula bahan B, bahan C dan rempah kari. Tumis sehingga bahan tumis benar benar masak dan terbit minyak.
Masukkan kicap dan daging. Kacau rata. Tambahkan air untuk daging empuk. Setelah terbit minyak, masukkan bahan D. Masak sehingga kering.
Sebelum dihidangkan tabur bawang goreng. Sedap dimakan dengan nasi beriyani, nasi minyak dan nasi tomato.