Prinsip saya dalam hidup ini mudah sahaja. Saya hanya jadi diri saya sendiri. Sejak dulu memang saya suka pakai pakaian yang selesa dan berkualiti. Seingat saya sejak saya berada di universiti dan pegang duit sendiri. Bukan kerana apa apa pun tapi kerana ianya memang diri saya sendiri.
Saya berkawan pun dengan sesiapa sahaja. Saya jadi diri sendiri sahaja. Bukan berkawan dengan kerabat kerabat atau golongan berpangkat dan bangsawan. Saya selesa menjadi diri saya sahaja.
Tak perlu nak show off kita kenal orang itu orang ini, kerabat itu ini. Telek dan belek jer diri sendiri. Dengan kata lain, saya sedar jer siapa saya. Anak kampung jer pun yang membina kehidupan sendiri di ibu kota. Kesimpulan tak payah tyring very hard nak tunjuk yang kita orang berjaya atau orang penting dari diri kita sebenarnya.
Lagi satu berpakat pakat membuat kebaikan dalam hidup. Jangan berpakat pakat buat benda tak baik. Berpakat nak boikot orang tu, boikot orang ni. Tak perlu. Rugi. Sebaliknya ajak dan berpesan pesan pada kebaikan. Haa cukup lah setakat ini dahulu.
Serius sedap sungguh ayam kampung yang dimasak sup. Ini betul betul ayam kampung yang dilepas bebas, bukan ayam kampung yang dibela secara komersial dengan diberi makanan dedak. Ayam seperti ini yang saya makan sejak kecil sehingga saya berhijrah ke bandar selepas menamatkan pengajian di universiti.
Makan kulitnya sekali dengan tak ada rasa bersalah pun. Ayam ini tidak lemak seperti mana ayam daging yang kita beli di kedai. Banyak muscle agaknya digunakan untuk terbang dan berlari ke sana ke mari.
Patutlah orang tua tua dulu kata kalau tak sihat, makan lah sup ayam kampung. Hirup kuahnya. Kalau kita dinasihatkan oleh doktor untuk menjaga makan juga, kita akan disarankan untuk makan ayam kampung.
Sedap sangat sup hari ini. Itu pun bahan bahan tak cukup. Kalau ada batang saderi dan daun sup atau daun bawang, lagi sedap. Saya suka juga masukkan sedikit perahan air limau nipis dan beberapa tangkai cili padi yang diketuk.
Jom layan resepi di bawah ini dan cara penyediaannya juga di bawah ini. Semua orang pun pandai masak sup tapi cara mungkin berbeza. Jadi saya share cara saya kot ada yang ingin mencubanya....
Sup Ayam Kampung
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam kampung
1 batang lobak merah
2-3 biji ubi kentang
1 biji buah tomato
1 batang saderi - saya tak letak
1 sup bunjut
½ biji bawang besar - goreng sehingga keperangan
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk pati ayam - opsyenal
Garam
Daun sup - hiasan
Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
2 biji buah keras
Cara cara:
Rebus ayam kampung dengan periuk tekanan atau atas dapur biasa sehingga ayam empuk. Masukkan ubi kentang dan biarkan separuh masak, masukkan lobak merah.
Sementara itu, panaskan minyak dan goreng bawang hiris sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis pula bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan serbuk lada sulah. Kacau rata.
Masukkan sedikit air dan tuang ke dalam kuah sup. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk pati ayam secukupnya.
Sebelum dihidangkan, tabur daun bawang. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba...
Nota:
Jika suka, perahkan sedikit air perahan limau nipis, taburkan cili padi yang diketuk.