Sambal Sardin Ala Raja Permaisuri Agong


Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan di blog saya. Jangan takut untuk klik iklan di blog saya. Ramai yang takut kalau ianya adalah scammer. Dari 100 ribu page view sehari, hanya sedikit sahaja yang klik. Kalau iklan google, Insya Allah OK. Gara gara terpandang sambal sardin dalam Instagram Raja Permaisuri Agong, terus pagi pagi saya ke dapur untuk menyediakan sambal sardin. Siap jer, saya terus makan dengan roti gardenia sementara saya mengukus pulut kuning.

Lagi pula saya memang peminat lauk sardin. Cuma saya tak pasti bagaimana cara baginda menyediakan sambal sardin tapi saya melihat bahan bahan yang kelihatan dalam lauk sardin. Berdasarkan bahan bahan yang kelihatan, kita boleh mengagaklah cara menyediakannya. 

Lain lain kenalah adjust sendiri, jika suka pedas saya letak sekali cili padi hijau dan cili merah untuk menambah warna pada lauk. Saya juga memasukkan 1 sudu besar sos cili dan 1 sudu besar sos tomato supaya ada rasa masam sedikit. Ianya bagi membantu mengurangkan bau hanyir. 

Jika tak mahu, boleh perahkan sedikit air asam limau nipis. Semua itu, kena ikut kreativiti dan tekak masing masing selain bergantung kepada bahan bahan yang tersedia di dapur rumah kita.   


Sebaik masak sahaja, saya terus makan dengan roti. Roti pun terpulang pada kita, jika suka boleh digelek roti dengan penggelek supaya lebih leper dan tidak banyak menyerap minyak. Masukkan sardin dan lekatkan. Bolehlah digoreng seketika. Atau jika suka, celup sedikit telur dan goreng. 

Macam macam cara boleh buat sebenarnya. Tapi saya makan ala ala sandwich sahaja. Kosong tak ada timun, tak ada tomato, tak ada salad. Makan gitu jer. Pun sedap bangat. 

Selain itu, saya makan sambal sardin ini dengan pulut kuning yang lembut lemak dan sedap di SINI kerana kebetulan memang saya mahu menyediakan pulut kuning. Sebelah malam saya telah merendam beras pulut untuk dikukus pada pagi ini. Sedap tau sehingga saya makan menambah nambah.


Jom layan resepi yang saya guna dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 


Sambal Sardin Ala Raja Permaisuri Agong

Bahan bahan:
1 tin 450 gram sardin 
1 sudu besar cili  kering kisar
½ biji bawang besar Holland - hiris
2 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
Sedikit daun sup
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato 
Garam secukup rasa
¼ cawan minyak masak

Bahan hiris: 
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili masak dan garing.


Masukkan isi ikan sardin sambil dihancur hancurkan. Kacau rata sehingga terbit minyak. Masukkan garam, sos tomato dan sos cili.


Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili hijau dan merah dan daun sup. Kacau rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.


Nota:
Boleh juga perahkan dengan sedikit air asam limau nipis. 

LihatTutupKomentar