Assalamualaikum semua. Tidak beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan di mana ianya bulan pesta ibadah untuk diraih pahala dan keampunan.
Hari ini pukul 3.00 petang, saya akan bersiaran dalam facebook live Unilever Food Solutions bersama Chef Hadzrin untuk resipi masakan Pantai Timur yang sesuai untuk bulan Ramadhan nanti. Sesiapa yang ada berkelapangan, jangan lupa menonton dan cuba memasaknya. Kepada peniaga, boleh masak dan jual lauk ini.
Sebelum itu, saya ingin menulis sedikit berkenaan blog yang dah bersawang beberapa hari kerana kesibukan dengan tugas tugas. Amat mengejutkan juga bila hanya terdapat 500 klik sahaja untuk blog saya dari lebih 50 ribu viewers.
Alaa sebelum tengok tu, klik lah dulu bagi memberi motivasi kepada blogger. Lagi pulak resepi yang diberi adalah percuma. Bukan ada charge atau bayaran pun. Kalau resipi PJJ, paling murah pun 3 resipi RM100. Ada yang RM100 untuk satu resipi.
Untuk roti hari ini, Juita yang menyediakannya. Saya bertugas sebagai jurugambar sahaja. Haha. Tapi serious sangat sedap dan bila kita sediakan sendiri, boleh letak macam macam bahan mengikut apa yang kita sukai.
Jom lah buat, satu adunan ini cukup untuk kami makan sekeluarga. Makan dengan kopi O panas panas. Memang sangat sedap. Kalau macam saya, dari kecil lagi kalau makan roti, mesti nak dicicah roti ke dalam air minuman. Tak kiralah air apa. Mesti nak cicah. Tapi bukan lah air kosong pulak.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video juga ada disediakan di Azie Kitchen Youtube Channel. Selamat mencuba...
Roti Sosej Mayonis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan Roti:
280 gram tepung roti
30 gram gula kaster
1 biji telur
130 ml susu
3 gram yis
40 gram mentega
Cara cara:
Satukan kesemua bahan di atas dalam Bread Maker dan biarkan sehingga ianya siap menjadi doh.
Keluarkan dan uli seketika sebelum dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.Canaikan dan bentukkan seperti yang dikehendaki.
Letakkan sosej di tengah tengahnya. Kemudian di paip mayonis. Tabur dengan daun herba kering.
Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar sehingga keperangan yang disukai.