Tengah Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ni memang elok sangat kalau kita menyediakan kuih muih untuk hidangan petang. Sambil sambil tengok televisyen update dari KKM, bolehlah menikmati secawan kopi dengan kuih muih. Kalau tak ada idea, saya bagi cadangan untuk menyediakan kuih wajik.
Nak kata saya suka sangat makan makanan tradisional ini, tidak juga. Tapi memang saya ingin sekali menghasilkan kuih wajik yang terbaik. Rasa tak lengkap sebagai seorang iseri dan ibu jika tak pandai buat kuih muih tradisional. Itu lah sebabnya saya tidak pernah jemu mencuba dan mencuba.
Bukan mudah untuk menghasilkan kuih tradisional ni. Kena selalu cuba dan cuba. Bukan macam buat kek. Ikut resepi jer, Insya Allah jadi. Itu sebab ada blogger yang jual resepi PJJ untuk kuih ni kalau tak silap RM100 untuk 1 resepi kuih wajik. Untuk follower Azie Kitchen, saya bagi percuma sahaja. Cuma saya minta jangan lupa untuk klik iklan google yang ada di blog.
Ada pula seorang kawan saya yang sehingga kini tak mahu kongsikan resepi keluarga beliau. Dah lebih 5 tahun menunggu. Tapi tak mengapa, kita kena hormati kerana apa apa pun yang dibuat perlu dengan ikhlas hati. Baru lah ianya mendapat pahala.
Arwah Bonda saya memang sangat pakar dalam menyediakan kuih wajik tapi sayang sekali, kerana tiada seorang pun dari kami yang belajar. Zaman dulu bukan senang nak belajar kerana mereka hanya campak campak sahaja. Jadi cara terbaik untuk belajar ialah dengan sama sama memasak dari mula hingga akhir. Barulah pandai untuk menilai sukatan bahan.
Boleh tengok entri kuih wajik sebelum ini di SINI, pulut kacau utara di SINI dan kuih wajik durian di SINI.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa subscribe, like dan share Azie Kitchen Youtube channel di SINI. Selamat mencuba....
Kuih wajik Buat Hidangan Petang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
250 gram beras pulut
125 gram santan segar pekat
75 gram gula merah
75 gram gula pasir - boleh tambah
½ sudu kecil garam
Daun pandan
Cara cara:
Rendam beras pulut selama 30-60 minit. Kukus pulut sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Masak santan, gula pasir, gula merah dan garam. Kacau atas api perlahan sehingga mendidih dan pekat likat.
Masukkan pulut dan kacau rata tanpa henti sehingga gula bersalut dengan pulut. Bila terasa berat ketika dikacau, bolehlah tutup api.
Alas acuan dengan daun pisang. Tuang pulut wajik ke dalam acuan dan biarkan sejuk sebelum dipotong.