Daging Ungkep atau Rendang Jawa Yang Sedap



Saya memasak daging ungkep atau dipanggil Rendang Jawa ini setelah disyorkan oleh Ros, pengasuh Ammar. Sebelum ini saya hanya membuat Ayam Ungkep. Memang sedap kerana selain bahannya simple, ianya sangat cepat disediakan.

Ianya adalah sejenis masakan yang agak kering tapi jika suka berkuah, boleh biarkan sedikit berkuah. Dalam video asal dimasukkan sekali tempe, tapi saya tak masukkan kerana tiada stock. 


Nampak macam banyak minyak kan, tapi minyak tu kalau digaul dengan nasi putih yang panas panas sangat sedap. Hahaha memang lah ianya kurang menyihatkan kerana makanan sedap, biasanya kurang sedikit dari segi kesihatan. Makan sikit dan berpada pada lah. 


Daging Ungkep Rendang Jawa Istimewa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ kg daging - hiris nipis
Tempe - tak letak
1 sudu besar Knorr Pasti Sedap
2 inci lengkuas - ketuk
4 helai daun salam
40 gram gula merah - atau gula Melaka
1 sudu besar gula putih
½ sudu kecil pes asam jawa
250 gram santan pekat - tambah air menjadi 500 ml
1 sudu besar cili kisar 
1 cawan minyak masak

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
12 biji bawang merah
6 biji buah keras
4 sudu besar ketumbar

Cara cara;
Kisar bahan kisar dan masukkan gula merah sekali. Air asam dicampurkan sekali. Masukkan daun salam dan lengkuas.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan daun salam sehingga terbit minyak.


Masukkan daging dan masak sehingga daging tak merah, baru dimasukkan santan sedikit sedikit sehingga daging empuk.


Masukkan gula melaka, gula, pes asam jawa dan serbuk Knorr Pasti Sedap. Masak sehingga kering yang disukai.



LihatTutupKomentar