Rendang Pedas Ayam A Keeper Recipe




Sebelum kita masuk ke bab resipi, nak tanya kalau anda dah klik follow blog saya ke belum? Ada yang risau katanya iklan dalam blog mungkin scammer. Saya katakan iklan yang muncul di blog saya adalah semua iklan dari google yang selamat kerana ianya telah ditapis oleh pihak google sebelum disiarkan dalam blog. Haa jangan lupa untuk klik iklan google yang keluar tu tau.

Alhamdulillah hari ini, artikel berkenaan Azie Kitchen disiarkan dalam akhbar KOSMO dengan tajuk Azie Kitchen Menjadi Rujukan Wanita Di Dapur. Ada yang menulis, bukan sahaja wanita tapi untuk semua. Hahaha.




Sebenarnya saya tidak pernah menduga untuk mengalami ini semua kerana memang dari kecil saya ingin menjadi orang yang terkenal. Konon konon nak jadi artis, kemudian teringin nak jadi orang politik. Hahaha macam macam tapi akhirnya terkenal juga tetapi dalam bidang yang saya sukai sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dikenali pun di usia yang bukan muda lagi.

Tapi di usia seperti saya sekarang, ianya bukan lagi glamor yang dicari tapi saya mencari peluang untuk berkongsi ilmu masakan dengan berkongsi resipi. Saya gembira kerana di dalam artikel di KOSMO juga diselitkan berkenaan manafaat berkongsi ilmu masakan atau apa apa ilmu yang bermanafaat. Alhamdulillah. 

Saya melakukan semua ini sejak 10 tahun yang lalu pun tanpa mengharapkan apa apa balasan, jauh sekali pujian. Malahan saya amat segan dan takut dengan pujian kerana segala puji pujian hanya lah untuk Allah Taala. Semua dengan izinNya. 



Resipi rendang ini adalah resipi "keeper" untuk saya bila memasak rendang ayam. Cuma sekali sekala, saya gunakan kelapa goreng terutama bila mahu dimakan dengan lemang, mengikut cara arwah Bonda Mertua. Ada masa saya menggunakan kelapa kerisik bila saya mahukan rendang yang sedikit basah dan berkuah. 

Apa apa pun resipi ini, Insya Allah sedap dan pasti menjadi jika diikut betul betul kerana saya menyukat bahan bahannya bagi memastikan rasanya hampir sama dengan rendang yang saya masak.
 


Rendang Pedas Ayam

Bahan bahan:
1 ekor ayam
½ kg santan segar
4 sudu besar kerisik/kelapa goreng
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris
1 - 1 ½ kiub pati Ayam Knorr

Bahan kisar:
2 inci halia - 25 gram
1 ½ inci kunyit hidup - 10 gram
4 biji bawang besar - 170 gram
5 biji bawang merah - 50 gram
4 batang serai
3-4 sudu besar cili kering kisar - 120 gram 

Cara cara;
Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai.

Masukkan asam keping dan kiub pati ayam. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula. Masak sehingga kering yang disukai.

Akhir sekali, tabur daun kunyit. Kacau rata dan boleh tutup api.


Nota:
Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain.

Separuh dari bawang merah, boleh dihiris jika suka.


LihatTutupKomentar