Kerang Masak Sambal Serai

Kerang Masak Sambal Serai


Assalamualaikum, selamat bertemu kembali. Hari ini saya ingin kongsi satu resepi mudah untuk anda semua mencubanya. Sebelum itu, saya ingin berkisah bab handphone. Hidup kita sekarang ini terlalu bergantung pada handphone. Semasa hendak ke program JJCM Selatan pada hari khamis baru baru ini, handphone saya menjadi jammed. Tak boleh dihidupkan kembali. Yang keluar hanya gambar epal. 

Banyak juga gambar dan video yang hilang. Banyak juga contact number yang hilang. Video video masakan yang belum disiapkan juga hilang. Memang saya ada store dalam icloud tapi agaknya dah penuh. Sekarang bila handphone dapat dibuka semula, masalah yang dihadapi ialah untuk mencari data dan dokumen yang hilang. 

Pada pendapat saya, cara paling selamat untuk store gambar ialah di facebook. Itu pun kena jaga betul betul kerana facebook, ramai juga hackers nya. Walaupun dah balik dari hari Ahad, sehingga sekarang saya masih lagi pening untuk mengatur semula dokumen dalam handphone dan ipad. Jadi pengajarannya ialah kena sentiasa menpunyai back up. OK lah sekarang kita masuk pula bab resepi kerang masak sambal serai.

Sebetulnya kerang kalau yang segar dan tersengih macam kerang tu, masak apa pun sedap. Masak yang simple simple lebih sedap. Baru terasa kemanisan isi kerang nya.

Kerang Masak Sambal Serai

Kalau tengok gambar kerang di bawah ini, memang ianya masih hidup. Kerang hidup macam ni kalau direbus pun sedap. Cepat jer terbuka. 

Kerang Masak Sambal Serai

Sangat mudah dan cepat untuk menyediakan lauk kerang masak sambal serai hari ini.  Tapi harga kerang sekarang ini, sangat mahal. Jadi kalau dimasak sendiri, lebih menjimatkan. Sekali sekala bolehlah sekadar untuk merasa kan.  

Jom layan resepi yang saya guna hari ini. Video penyediaannya ada di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kerang Masak Sambal Serai

Kerang Masak Sambal Serai 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg kerang
3 batang serai - ketuk
4 biji buah tomato ceri – belah 2
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula  
Daun bawang – hiasan
12 sudu besar minyak masak – ½ cawan=14 sudu besar

Bahan kisar kasar:
3 tangkai cili hijau
3 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi hijau
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia – 17 gram

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan kisar sehingga terbit minyak. 

Kerang Masak Sambal Serai

Kerang Masak Sambal Serai

Masukkan sos tiram, garam, gula dan kacau rata. Masukkan sedikit air.


Kerang Masak Sambal Serai

Kerang Masak Sambal Serai

Masukkan kerang dan kacau rata sehingga lala bergaul rata dengan sambal. 

Kerang Masak Sambal Serai

Akhir sekali, masukkan buah tomato ceri, Tutup api. Tabur daun bawang.


LihatTutupKomentar