Sebelum mengerjakan umrah satu tahun dulu, saya belajar dari video Ustaz Jafri berkenaan cara kita perlu berdoa. Sekarang kita berada dalam bulan Ramadhan di mana doa doa mustajab dan dimakbulkan. Tapi ada cara caranya juga supaya doa kita merangkumi semua aspek.
Mula mula kita berdoa memohon keampunan atas dosa dosa lalu. Mohon ampun dengan merayu pada Allah.Kemudian mohon pula keampunan kepada kedua orang tua kita yang telah menjalankan tanggungjawab pada kita.
Malahan kita yang banyak berdoa kerana telah menyakiti hati mereka. Selepas itu mohon ampun untuk suami dan anak anak. Mohon juga keampunan pada guru guru dan muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Selepas doa keampunan, minta doa berkenaan keperluan hidup seperti rezeki murah dan diberkati, dijauhkan dari musibah, dijauhi penyakit dan ujian yang tidak mampu kita tanggung. Ini adalah antara contoh contoh. Kita kan ada banyak keperluan hidup yang kita mahukan. Jadi minta lah apa sahaja.
Kemudian doa pula berkenaan urusan kematian, alam barzah dan Padang Masyhar. Mohon dikurniakan syurga Firdaus supaya dapat bersama sama baginda Rasulullah. Itulah antara aturan doa yang diajar. Doa secara spesifik, terpulang lah kepada diri masing masing. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya suka menyediakan lauk ini kerana ianya sangat mudah dan cepat disediakan. Yang paling utama ianya sangat sedap dan lauk kegemaran anak anak saya. Lauk seperti ini kalau beli di kedai memang mahal.
Bila kita masak boleh ikut selera sendiri. Kalau suka berkuah untuk dicicah dengan mantao atau roti pun boleh. Tak perlu letak bancuhan tepung jagung. Jika suka pekat pun boleh. Semua ikut citarasa sendiri.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Ayam Buttermilk Sedap dan Mudah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan Ayam:
500 gram isi ayam - potong kecil
2 biji telur - pukul ringan
Bahan tepung:
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit serbuk Knorr Pasti Sedap
Bahan Buttermilk:
6 sudu besar mentega
7 ulas bawang putih - cincang
4-5 tangkai cili padi - hiris halus
1 -2 tangkai daun kari
1 tin susu cair - 390 ml
½ sudu besar tepung jagung dibancuh dg sedikit air - opsyenal
1 kiub pati ayam Knorr
½ sudu kecil gula
Cara cara:
Bahan bahan tepung dibahagi kepada 2 mangkuk.
Ambil sekeping ayam dan dicelup dalam mangkuk A sebelum digaul gaul dalam mangkuk adunan telur dan akhir sekali, celup dalam tepung dalam mangkuk B. Ketepikan. Buat sehingga habis kesemuanya.
Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dicelup tepung tadi sehingga berwarna keemasan. Angkat dan tos.
Menggunakan kuali yang lain, masukkan mentega dan biarkan mentega cair dan panas. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga bawang naik bau dan berwarna sedikit kekuningan.
Masukkan susu cair dan kacau rata. Masukkan daun kari, gula dan garam. Setelah secukup rasa, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan.
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata rata dan sedia untuk dihidangkan panas panas.
Nota:
Jika suka berkuah, tak perlu letak bancuhan air jagung kerana tepung menggoreng ayam telah ada tepung yang boleh memekatkan kuah.